Latihan ICT - Microsoft Power Point & Internet Search Engine

 

Tarikh : 11 Mei 2019

Masa : 9.00 am - 12.00 pm

Tempat : Bilik Latihan PI Kabong

 

Latihan ICT untuk pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Latihan ICT pada kali ini adalah sambungan daripada latihan yang sebelum ini. Dimana pada kali ini, para peserta di minta untuk membuat sendiri lakaran poster yang mereka inginkan mengikut langkah-langkah yang telah diberi tunjuk ajar pada kelas sebelum ini.

Mereka turut mempraktikkan penggunaan carian imej di google untuk dimasukkan ke dalam poster mereka. Poster yang peserta hasilkan dipertandingkan dan di nilai oleh petugas untuk penghasilan poster terbaik. Walau bagaimana pun, peserta masih mendapatkan tunjuk ajar daripada petugas bagi menghasilkan poster yang terbaik. 

Latihan ICT - Microsoft Power Point

Tarikh : 6 Mei 2019
Masa : 9.00 am - 12.00pm
Tempat : Bilik Latihan PI Kabong

Bersempena dengan kehadiran Ramadhan Al-Mubarak, para pelajar didedahkan kepada penggunaan Microsoft Power Point untuk menghasilkan poster iklan / ucapan. Para pelajar diberikan demonstrasi contoh poster yang boleh mereka hasilkan.

Selain itu, para pelajar turut diperkenalkan dengan pencarian imej berformat PNG bagi mendapatkan gambar yang lebih sesuai dengan poster yang mereka hasilkan.

Turut diselitkan slot Klik Dengan Bijak kepada para peserta bagi membolehkan mereka menggunakan internet secara bijak dan selamat.

Peserta turut didedahkan dengan penggunaan Dashboard Komuniti untuk menghebahkan makluman kepada penduduk sekitar Kabong.

Tarikh : 14 APRIL 2019
Masa : 9.00 PAGI-3.00 PETANG
Lokasi : PI KABONG
Peserta : PELAJAR SEKOLAH 

Mendedahkan penggunaan Microsoft Excel kepada para pelajar untuk kegunaan masa hadapan. Membolehkan mereka menguasai penggunaan Microsoft Office diperingkat awal.

Turut diselitkan dengan kuiz Klik Dengan Bijak bagi memastikan para pelajar menggunakan internet secara bijak dan positif.

 

Latihan ICT - Microsoft Power Point 

 

 Tarikh  28 April 2019
 Masa  9.00 am - 4.00 pm
 Tempat  Bilik Latihan PI Kabong

Latihan ICT yang dihadiri oleh pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Pada kali ini, para pelajar didedahkan kepada penggunaan Microsoft Power Point untuk menghasilkan poster perniagaan. Para pelajar diberikan demonstrasi contoh poster yang boleh mereka hasilkan. 

Selain itu, para pelajar turut diperkenalkan dengan pencarian imej berformat PNG bagi mendapatkan gambar yang lebih sesuai dengan poster yang mereka hasilkan.

Turut diselitkan slot Klik Dengan Bijak kepada para peserta bagi membolehkan mereka menggunakan internet secara bijak dan selamat. 

 

KELAS ICT- KELAS MEMBUAT LEMBARAN "SLIDESHOW"

Tarikh : 13APRIL 2019
Masa : 9.00 PAGI-1.00 PETANG
Lokasi : PI KABONG
Peserta : PELAJAR SEKOLAH 

Kelas Latihan ICT bersama pelajar sekolah- Microsoft Power Point, membina lambaran ' slideshow'. Mendekatkan para pelajar seawal umur 10 tahun dengan penggunaan Microsoft Office.