Latihan ICT - Microsoft Power Point 

 

 Tarikh  28 April 2019
 Masa  9.00 am - 4.00 pm
 Tempat  Bilik Latihan PI Kabong

Latihan ICT yang dihadiri oleh pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Pada kali ini, para pelajar didedahkan kepada penggunaan Microsoft Power Point untuk menghasilkan poster perniagaan. Para pelajar diberikan demonstrasi contoh poster yang boleh mereka hasilkan. 

Selain itu, para pelajar turut diperkenalkan dengan pencarian imej berformat PNG bagi mendapatkan gambar yang lebih sesuai dengan poster yang mereka hasilkan.

Turut diselitkan slot Klik Dengan Bijak kepada para peserta bagi membolehkan mereka menggunakan internet secara bijak dan selamat.