NAMA PENGUSAHA: MOHAMMAD AZAM BIN AMIN

UMUR: 25 TAHUN

PLATFORM/FACEBOOK: https://www.facebook.com/LiezamAgrozz/?fref=mentions

PENGUSAHA MADU KELULUT LIEZAMAGROZZ DI BATANG MARO, KABONG. HASIL MADU YANG DIPEROLEH AKAN DIJUAL KEPADA PIHAK MARDI ATAUPUN DIJUAL MELAUI ATAS TALIAN. 

Susu kambing merupakan sesuatu yang baru di kawasan Betong. Masih ramai yang beranggapan susu kambing berbau hamis, busuk, berasa geli dan kotor. Di Sejali Agro Farm, susu kambing diperah daripada baka kambing yang terpilih iaitu Saanen. Kebersihan susu kambing kami dijaga dengan rapi.

1. Sebelum diperah, kantung susu kambing akan dilap menggunakan air suam untuk membersihkan segala kotoran yang melekat.
.
2. Selepas diperah, susu akan ditapis dan dimasukkan ke dalam botol yang bersih.
.
3. Botol akan terus disimpan dalam peti ais untuk memastikan susu tahan lama. 
.
Kami tidak memastur susu kambing kerana dikhuatiri akan mengganggu kandungan susu tersebut. Pakar pemakanan berpendapat susu kambing selamat diminum mentah tidak seperti susu lembu. Itu ialah kelebihan SUSU KAMBING!! ðŸ‘ŒðŸ‘ŒðŸ‘Œ

 

setiap tempat mempunyai lambang makanan yang tersendiri malah menghasilkan produk yang tersendiri. Kawasan Kabong mempunyai produk tempatan yang tersendiri seperti penghasilan gula apong/gula merah yang teristimewa hasil daripada pokok nipah. 

Antara gula apong yang istimewa dari kabong ialah: 

 

gula apong istimewa dari Kabong

 

 Kabong merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terkenal dengan ikan masin. Antara ikan masin yang selalu menjadi permintaan tinggi adalah ikan masin gonjeng dan ikan masin buntal. Sinonim dengan namanya perkampungan nelayan, Kabong mengeluarkan produk ikan masin yang segar dan berkualiti tinggi.

 

Antara jenis ikan masin:

1. Ikan Gonjeng

2.Ikan Pirang

3. Ikan Buntal.

4. Ikan Masin pari-pari

5. Salai Ikan Jan

6. Salai Ikan lumek

7. dan lain-lain lagi.

 

Permintaan yang tinggi adalah kegunaan untuk nasi lemak, restoran dan terus dibeli untuk stok makanan tambahan.