Sektor keusahawanan yang dijalankan oleh penduduk daerah Kabong adalah berniaga secara kecil-kecilan seperti kedai runcit, kedai makanan dan minuman selain daripada hasil laut oleh nelayan-nelayan yang dijual kepada penduduk-penduduk setempat. Hasil laut seperti ikan akan dijual pada kadar harga yang berpatutan.