Latihan ICT - Microsoft Power Point

Tarikh : 6 Mei 2019
Masa : 9.00 am - 12.00pm
Tempat : Bilik Latihan PI Kabong

Bersempena dengan kehadiran Ramadhan Al-Mubarak, para pelajar didedahkan kepada penggunaan Microsoft Power Point untuk menghasilkan poster iklan / ucapan. Para pelajar diberikan demonstrasi contoh poster yang boleh mereka hasilkan.

Selain itu, para pelajar turut diperkenalkan dengan pencarian imej berformat PNG bagi mendapatkan gambar yang lebih sesuai dengan poster yang mereka hasilkan.

Turut diselitkan slot Klik Dengan Bijak kepada para peserta bagi membolehkan mereka menggunakan internet secara bijak dan selamat.

Peserta turut didedahkan dengan penggunaan Dashboard Komuniti untuk menghebahkan makluman kepada penduduk sekitar Kabong.