LATIHAN & KELAS STEM/ IoT
(Asas IoT & Robotic)
Tarikh : 21 September 2024 Masa : 1 jam - 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NADI Kabong Peserta :Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Menjalankan latihan dan kelas yang melibatkan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) dan Internet of Things (IoT).
2. Pelajar Sekolah didedahkan dengan asas dalam STEM dan IoT yang melibatkan pembuatan membina bangunan unik, sama ada rumah, menara, atau struktur lain dalam konsep "Build Virtual Building Blocks" di Toytheater.com
3. Membolehkan pelajar menggunakan imaginasi mereka untuk mencipta struktur yang unik, merangsang pemikiran kreatif.
4. Melahirkan pelajar yang mampu memahami konsep asas ruang, bentuk, dan pengukuran melalui pengalaman praktikal dalam membina.
5. Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik, dan dalam jangka panjang mereka memilih jurusan pengajian dan jenis pekerjaan berasaskan STEM.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu Bilik ICT NADI Kabong. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan STEM & IoT yang disediakan di NADI.
2. Petugas juga menggalak peserta untuk datang ke NADI bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di NADI untuk meningkat ilmu pengetahuan peserta tentang kepentingan teknologi baharu pada masa kini dalam bidang pendidikan dan pekerjaan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
Tarikh : 28 September 2024 Masa : 1 jam - 2 jam Lokasi : Bilik ICT NADI Kabong Peserta : Komuniti Kabong & Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan
1. Pengenalan aplikasi Canva kepada peserta, mengajar peserta mendaftar akaun Canva dan mengajar peserta mereka bentuk logo perniagaan.
2. Membolehkan pengguna untuk berexperiment dengan warna, fon, dan elemen reka bentuk lain dan meningkatkan kreativiti dalam proses pembuatan logo perniagaan.
3. Memberikan maklumat mengenai konsep Ar Rahnu, iaitu sistem pajak gadai yang berasaskan emas, yang membolehkan individu mendapatkan pinjaman tunai dengan menggunakan emas sebagai cagaran.
4. Meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya memiliki aset berharga seperti emas dalam pengurusan kewangan peribadi.
Aktiviti
1. Peserta diajarkan cara untuk mendaftar akaun CANVA yang percuma di laman web.
2. Seterusnya peserta diterangkan tentang feature asas dan setiap fungsi di aplikasi CANVA seperti antaramuka utama, kategori konten, template, eleman dan sebagainya.
3. Seterusnya, peserta diajar untuk mereka bentuk logo mudah yang melipatkan pemilihan template, edit text, edit colour background, memuat naik gambar, menyimpan fail dan memuat turun poster yang telah dibuat.
4. Peserta juga dapat melihat secara langsung proses mencuci emas selepas tamat Taklimat berkaitan dengan Revolusi Emas.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KELAS ICT
(MICROSOFT WORD & PC Hardware)
Tarikh : 20 & 22 September 2024 Masa : 1 jam - 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NADI Kabong Peserta :Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Pengenalan antara muka Microsoft PowerPoint.
2. Kemahiran menghasilkan Slaid.
3.Kemahiran menaip Kata Sendi Nama, Kata Ganti Nama, Penjodoh Bilangan dan Penggunaan Awalan Imbuhan.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT NADI Kabong. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di NADI untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT.
2. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan meningkatkan pengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan.
3. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke NADI bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di NADI untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para peserta.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
E-PEMBELAJARAN
Tarikh : 15, 20 & 21 September 2024 Masa : 1 jam - 2 jam Lokasi : Bilik ICT NADI Kabong & Ruang Aktiviti Peserta :Komuniti Sekitar Kabong & Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Memberi Taklimat mengenai Permohonan Rumah Mesra Rakyat secara Online.
2. Memberikan penerangan yang jelas mengenai program RMR, termasuk syarat kelayakan, proses permohonan, dan manfaat yang ditawarkan.
3. Membantu bakal pemohon memahami langkah-langkah dan dokumen yang diperlukan untuk memohon rumah.
4. Tutorial permohonan secara Online untuk Bantuan Musim Tengkujuh RISDA.
5. Kuiz membantu pelajar mengukur sejauh mana mereka memahami konsep matematik yang telah dipelajari.
6. Membantu mengukuhkan pengetahuan yang telah dipelajari dan menjadikan pembelajaran lebih berkesan.
Aktiviti
- 1. Taklimat dan aktiviti diadakan secara bersemuka iaitu di Ruang Aktiviti NADI Kabong.
- 2. Kuiz dan tutorial dilaksanakan secara online dengan bantuan daripada petugas.
- 3. Peserta menjawab bebarapa soalan kuiz yang melibatkan beberapa pilihan jawapan beserta gambar rajah sebagai rujukan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KELAS DAN KEMPEN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh : 1 September 2024 Masa : 1 jam Lokasi : SK To' Eman Nyabor Peserta :Pelajar Sekolah Rendah & Ibu Bapa |
Tujuan
1. Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak).
2. Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.
3. Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
4. Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.
Aktiviti
1. Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas.
2. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail. Peserta boleh memberi maklum balas dan sesi perbincangan mengenai topik KDB.
3. Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook NADI Kabong dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>