KEMAHIRAN INSANIAH
(Kelas Kemahiran Komunikasi & Kelas Kemahiran Penjagaan Kesihatan Diri)
Tarikh : 20 & 21 Julai 2024 Masa : 1jam - 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NADI Kabong Peserta :Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Kelas komunikasi berkesan bertujuan untuk peserta memahami kepentingan komunikasi dalam kerjaya dan membina perhubungan profesional serta memahami halangan dalam berkomunikasi.
2. Kelas kemahiran penjagaan dan kesihatan diri pelajar sekolah rendah bertujuan supaya pelajar dapat memahami konsep pengurusan diri dengan melibatkan penjagaan kebersihan dan kesihatan fizikal diri.
Aktiviti
1. Kelas komunikasi diadakan secara bersemuka, peserta didedahkan tentang konsep komunikasi, proses komunikasi dan elemen penting dalam komunikasi. Di samping itu, peserta juga diterangkan dengan beberapa halangan dalam berkomunikasi seperti pemahaman yang berbeza, maklumat yang tidak mencukupi dan sebagainya. Peserta juga didedahkan dengan beberapa kemahiran dalam komunikasi yang melibatkan kemahiran tingkahlaku, kemahiran menimbul, kemahiran memberi perhatian dan kemahiran mendengar
2. Kelas diadakan secara bersemuka di Bilik ICT NADI Kabong, pelajar sekolah rendah didedahkan tentang kepentingan penjagaan kebersihan diri melibatkan penjagaan rambut, gigi, kuku dan sebagainya.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>