Program Advokasi & Taklimat Analog Switch Off bersama Pusat Giatmara & JKKK Daerah Saratok

Tarikh: 30 Ogos 2019
Masa: 8.00 am - 12.00 pm 
Tempat: Pusat Giatmara Saratok

Pengisian yang didedahkan kepada peserta adalah berkenaan advokasi iaitu Check Your Label, Klik Dengan Bijak merangkumi maklumat palsu dan panggilan palsu dan juga Program E-waste.

Turut didedahkan juga berkenaan Analog Switch Off TV bagi memberikan makluman awal kepada komuniti setempat berkenaan penutupan siaran berkenaan di seluruh Sarawak secara rasmi bermula 30 September 2019 ini.

Program Kembara Kelab Malaysiaku bersama Jabatan Penerangan & SMK Kabong & Advokasi.

Tarikh: 29 Ogos 2019
Masa: 2.00 pm - 5.00 pm
Pengajar: Cik Rahimah Kimli (Pusat Internet Batang Maro)

Pelajar dari SMK Kabong iaitu peserta Kelab Malaysiaku didedahkan dengan perisian Animasi menggunakan aplikasi Scratch 2.0.

Selingan advokasi turut diselitkan berkenaan topik Check Your Label & Program E-waste.

 

Kelas Latihan ICT- POSTER KEMERDEKAAN

Tarikh: 14 Ogos 2019
Masa: 9.00 am - 1.00 pm
Tempat: Bilik Latihan PI Kabong

Peserta didedahkan dengan penggunaan Microsoft Power Point untuk menghasilkan poster kemerdekaan.Turut diselitkan dengan penggunaan imej PNG dengan carian di google sebagai aksesori utama dalam penghasilan poster peserta.

Peserta turut didedahkan dengan penggunaan internet secara bijak bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa buli di internet.

Kelas Animasi (Scratch 2.0)

Tarikh: 15 Ogos 2019
Masa: 9.00 am - 12.00 pm 
Tempat: Bilik Latihan PI Kabong

Peserta di berikan penerangan berkenaan penggunaan aplikasi Scratch 2.0. Dimana kepelbagaian fungsi yang terdapat di dalam scratch bagi menghasilkan animasi yang bersesuaian dengan yang mereka ingin hasilkan.

 

Kelas Latihan Microsoft Word - Mencipta Logo Ringkas.

Tarikh: 13 Ogos 2019
Masa: 9.00 am - 1.00 pm
Peserta: Pelajar Sekolah

Peserta di dedahkan kepada penggunaa Microsoft Word untuk mencipta logo. Peserta turut di terangkan fungsi- fungsi penting yang terdapat di dalam aplikasi Microsoft Word yang kebiasaannya digunakan pada setiap lembaran kerja yang menggunakan aplikasi berkenaan.

Peserta turut di dedahkan kaedah untuk menyimpan logo bekernaan dalam format gambar sama ada dalam format jpeg mahupun png.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan penggunaan internet secara berhemah supaya tidak menjadi mangsa kepada scammer dan mangsa buli siber.