Kabong merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terkenal dengan ikan masin. Antara ikan masin yang selalu menjadi permintaan tinggi adalah ikan masin gonjeng dan ikan masin buntal. Sinonim dengan namanya perkampungan nelayan, Kabong mengeluarkan produk ikan masin yang segar dan berkualiti tinggi.
Antara jenis ikan masin:
1. Ikan Gonjeng
2.Ikan Pirang
3. Ikan Buntal.
4. Ikan Masin pari-pari
5. Salai Ikan Jan
6. Salai Ikan lumek
7. dan lain-lain lagi.
Permintaan yang tinggi adalah kegunaan untuk nasi lemak, restoran dan terus dibeli untuk stok makanan tambahan.