Susu kambing merupakan sesuatu yang baru di kawasan Betong. Masih ramai yang beranggapan susu kambing berbau hamis, busuk, berasa geli dan kotor. Di Sejali Agro Farm, susu kambing diperah daripada baka kambing yang terpilih iaitu Saanen. Kebersihan susu kambing kami dijaga dengan rapi.

1. Sebelum diperah, kantung susu kambing akan dilap menggunakan air suam untuk membersihkan segala kotoran yang melekat.
.
2. Selepas diperah, susu akan ditapis dan dimasukkan ke dalam botol yang bersih.
.
3. Botol akan terus disimpan dalam peti ais untuk memastikan susu tahan lama. 
.
Kami tidak memastur susu kambing kerana dikhuatiri akan mengganggu kandungan susu tersebut. Pakar pemakanan berpendapat susu kambing selamat diminum mentah tidak seperti susu lembu. Itu ialah kelebihan SUSU KAMBING!! ðŸ‘ŒðŸ‘ŒðŸ‘Œ