Kelas Ict - Membuat surat menggunakan Microsoft Word

 

Tarikh: 17 Februari 2020

Masa: 10.30am - 12.30pm

Tempat: Bilik Latihan Pusat Internet Kabong

 

Tujuan

Memudahkan urusan dalam pekerjaan dalam menyelesaikan tugasan surat menyurat, minit mesyuarat dan judual dengan menggunakan microsoft word. Selain itu, meningkatkan pengetahuan dan kecekapan dalam penggunaan komputer.

 

Aktiviti

1.mengajar peserta menaip kertas kerja menggunakan microsoft word.

2. Membina dan mengubah carta dan format mengisi maklumat.

3. Advokasi klik dengan bijak.

 

GAMBAR SELANJUTNYA, SILA KLIK DI SINI

Kelas ICT & Kelas Multimedia - Membuat rekaan Risalah Pelancongan

 

Tarikh: 15 Februari 2020

Masa: 8.30am - 1.00pm

Tempat: Bilik Latihan Pusat Internet Kabong

 

Tujuan

Mendidik peserta untuk meningkatkan kecepatan dan kecekapan dalam aktiviti menaip menggunakan perisian yang sedia ada. Selain itu, Membuka minda peserta dalam membuat rekaan daripada hasil menaip dan memupuk minat dan membina kerjasama peserta dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pengajar.

 

Aktiviti

1. Membuat latihan menaip dengan menggunakan microsoft word.

2. Menghasilkan rekaan risalah dalam aktiviti menaip.

3. Mengajar menggunakan shortcut basic yang terdapat pada komputer.

4. Advokasi klik dengan bijak.

 

GAMBAR SELANJUTNYA, SILA KLIK DI SINI

Kelas Latihan ICT - Latihan membuat rekaan 'Sijil Penyertaan'

 

Tarikh: 09 Februari 2020

Masa: 2.00pm - 5.00pm

Tempat: Bilik Latihan Pusat Internet Kabong

 

Tujuan

Mendidik pelatih menggunakan komputer dalam mengumpul, menyimpan data dan menguruskan segala maklumat melalui komputer. Selain itu, memastikan dan meningkatkan peserta mahir dalam perisian asas untuk dimanfaatkan dimasa hadapan.

 

Aktiviti

1. Mengajar peserta menggunakan 'Microsoft Power Point' proses dalam membuat sijil penyertaan.

2. Mendedahkan pelajar menggunakan 'Freepik' untuk contoh contoh rekaan.

3. Mendedahkan peserta maklumat maklumat penting yang diperlukan dalam proses rekaan.

4. Kuiz kuiz ICT dan Klik dengan Bijak.

 

GAMBAR SELANJUTNYA, SILA KLIK DI SINI

Kelas Latihan ICT- Latihan Asas Microsoft Word

 

Tarikh: 14 Februari 2020

Masa: 9.00am - 11.30am

Tempat: Bilik Latihan Pusat Internet Kabong

 

Tujuan

Memperkenalkan asas Microsoft Word kepada peserta. Selain itu, menerangkan setiap fungsi penting yang terdapat didalam microsoft word untuk menghasilkan laporan dan keperluan sebagai ketua kampung. Ianya juga lebih menfokuskan kepada format rasmi untuk laporan, minit mesyuarat dan surat rasmi.

 

Aktiviti

1. Menaip Surat Rasmi

2. Menyediakan minit mesyuarat mengikut format yang betul.

3. Menyediakan borang mengikut format asal yang telah ditetapkan.

4. Advokasi klik dengan bijak.

 

GAMBAR SELANJUTNYA, SILA KLIK DI SINI

Kelas Latihan ICT - Latihan Membuat Rekaan 'Banner' Karnival

 

Tarikh: 08 Februari 2020

Masa: 2.00pm - 5.00pm

Tempat: Bilik Latihan Pusat Internet Kabong

 

Tujuan

Mempertingkatkan tahap pengetahuan peserta terhadap ICT dan komputer. Selain itu, membantu peserta meningkatkan pengetahuan dalam membuat rekaan mengunakan perisian asas dan memupuk sikap positif terhadap ICT dan perkomputeran.

 

Aktiviti

1. Penerangan menghasilkan rekaan menggunakan Microsoft Power Point.

2. Pencarian Imej dan maklumat penting yang diperlukan dalam rekaan daripada 'Google'.

3. Memberi tunjuk ajar peserta menginstall Font.

4. Advokasi dengan Bijak.

 

GAMBAR SELANJUTNYA, SILA KLIK DI SINI