LATIHAN & KELAS STEM/ IoT
(Robotic)
Tarikh : 21 & 31 Julai 2024 Masa : 1 jam - 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NADI Kabong Peserta :Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Menjalankan latihan dan kelas yang melibatkan Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) dan Internet of Things (IoT).
2. Pelajar Sekolah Rendah didedahkan dengan asas dalam STEM yang melibatkan pembuatan robotic seperti meneroka hubungan ruang dan konsep geometri di "Geoboard" Toytheater.com, pengenalan kepada Microbit dan "makecode smily button tutorial" dan STEM game "dynamic systems" di Engineering.com.
3. Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik, dan dalam jangka panjang mereka memilih jurusan pengajian dan jenis pekerjaan berasaskan STEM.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Ruang aktiviti NADI Kabong. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan STEM & IoT yang disediakan diNADI.
2. Petugas juga menggalak peserta untuk datang ke NADI bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di NADI untuk meningkat ilmu pengetahuan peserta tentang kepentingan teknologi baharu pada masa kini dalam bidang pendidikan dan pekerjaan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
Tarikh : 31 Julai 2024 Masa : 1 jam - 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NADI Kabong Peserta : Usahawan |
Tujuan
1. Mengajar peserta cara menghasilkan resit perniagaan dengan menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti
1. Kelas mencipta resit perniagaan dilaksanakan secara bersemuka di Bilik ICT NADI Kabong. Peserta didedahkan tentang kepentingan resit dalam perniagaan untuk kegunaan sebagai rekod perbelanjaan, untuk mengesan perubahan harga dan sebagai bukti untuk tujuan tuntutan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KELAS ICT
(MICROSOFT POWERPOINT, MICROSOFT WORD
& PC Hardware)
Tarikh : 20, 21 & 28 Julai 2024 Masa : 1 jam - 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NADI Kabong Peserta :Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Pengenalan perkakasan asas komputer.
2. Latihan menaip dan menghasilkan slaid di Microsoft PowerPoint.
3. Pengenalan anataramuka Microsoft Word dan menghasilkan surat kiriman rasmi.
4. Pengenalan anataramuka Microsoft Word dan praktikal menggunakan papan kekunci.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT NADI Kabong. Peserta didedahkan dengan pelbagai program dan kelas latihan ICT yang disediakan di NADI untuk melahirkan komuniti setempat yang celik dan tahu aplikasi ICT.
2. Kesedaran dan didikan yang berkaitan dengan ICT dapat dijalankan secara berterusan kepada peserta untuk melahirkan pengguna yang celik, peka dan berpengetahuan dalam pembelajaran kelas ICT yang dijalankan.
3. Petugas juga menggalakkan peserta untuk datang ke NADI bagi terlibat sama dalam kursus-kursus yang disediakan di NADI untuk meningkat kemahiran penggunaan komputer para peserta.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
E-PEMBELAJARAN
Tarikh : 20, 27 & 28 Julai 2024 Masa : 1 jam - 2 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NADI Kabong Peserta :Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
1. Kuiz perkakasan asas sistem komputer di Wordwall.net.
2. Kuiz Matematik (Fraction & Order of Operations) di Digipuzzle.net.
3. Latihan dan tutorial menaip di Kidztyping.com.
Aktiviti
- 1. Kelas dan aktiviti diadakan secara bersemuka iaitu di Bilik Latihan ICT NADI Kabong.
- 2. Kuiz dan tutorial dilaksanakan secara online dengan bantuan daripada petugas.
- 3. Peserta menjawab bebarapa soalan kuiz yang melibatkan beberapa pilihan jawapan beserta gambar rajah sebagai rujukan.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>
KELAS DAN KEMPEN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK
Tarikh : 20, 21, 27 & 28 Julai 2024 Masa : 1/2 jam - 1 jam untuk setiap kelas Lokasi : Bilik ICT NADI Kabong Peserta : Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah |
Tujuan
1. Berkongsi maklumat untuk memberi kesedaran mengenai pelbagai topik Advokasi (Klik Dengan Bijak).
2. Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.
3. Menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
4. Berkongsi Kempen Klik Dengan Bijak untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.
Aktiviti
1. Perkongsian tips dan info bergambar dan video oleh petugas.
2. Petugas juga akan membuat huraian mengenainya secara detail. Peserta boleh memberi maklum balas dan sesi perbincangan mengenai topik KDB.
3. Perkongsian dan Kempen Advokasi Klik Dengan Bijak juga dijalankan di Page Fabcebook NADI Kabong dengan berkongsi pelbagai info tentang Advokasi Klik Dengan Bijak kepada komuniti facebook.
Klik untuk lihat gambar>>>>>>>>>>