Takir lemak merupakan kuih tradisional masyarakat kampung Kabong yang masih gah sehingga kini. Cara pembuatannya adalah dengan menggunakan santan asli yang dimasak terlebih dahulu bersama gula apong yang telah dicairkan sebagai penambah perasanya yang berlemak dan manis secara asli. Bekasnya dibuat daripada daun nipah dan dibentuk seperti sampan. Ianya menjadi salah satu tarikan kepada pengunjung yang datang ke Kabong. Sesuai dijadikan menu untuk santapan minum petang bersama keluarga dan rakan-rakan.

Butiran berkenaan gerai "Takir Lemak" adalah seperti berikut :

Dibuka setiap hari (12.30 tgh hari - 4.00 ptg)

Town Square Kabong (bersebelahan  PEDi Kabong)

No. telefon untuk dihubungi : 01119387184 (Puan Jaleha)

Boleh layari facebook kami di https://www.facebook.com/MenarikDiSaratokKabong/

untuk maklumat lanjut mengenai makanan tradisi dan popular di Kabong.