Pihak Pusat Internet 1 Malaysia telah berkoloberasi dengan Pejabat Daerah Kabong untuk mengadakan Pertandingan Poco-Poco Kreatif sempena Festival Layang-Layang 2016 di Kabong.

Assalammualaikun dan Selamat pagi.
Penyertaan masih terbukak utk para penari area kabong, alit, nyabor, sessang, roban saratok utk menyertai pertandingan poco-poco kreatif bakal berlansung pada 31Disember 2016 di Pentas Utama Town Square Kabong. Maklumat lanjut boleh pm tepi borang n penyertaan.
#Pi1mkabong
#Anjungklustersaratok

DAERAH KABONG

Daerah Kabong adalah sebuah daerah di dalam bahagian Betong, Sarawak. Majoriti penduduk di daerah ini terdiri daripada kaum Melayu. Daerah Kabong mempunyai keluasan lebih/kurang 799 kilometer persegi (79 900.0 he). Sebelum ini, Kabong merupakan sebuah daerah kecil di bawah pentadbiran Daerah Saratok. Daerah kecil Kabong telah dinaiktaraf sepenuhnya sebagai sebuah daerah penuh oleh Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Adnan Satem. 

Kini, Daerah Kabong adalah di tadbir sepenuhnya oleh Pejabat Daerah Kabong dan Majlis Daerah Kabong. Daerah Kabong kini dipimpin oleh Pegawai Daerah: pemegang jawatan terkini ialah Encik Mohd Rashdan bin Haji Hazemi. Dari segi politik, Kabong mempunyai kawasan pilihanraya negeri tersendiri iaitu Adun N40 Kabong yang diketuai oleh Yang Berhormat Mohd Chee Bin Kadir dan di bawah Parlimen P205 Saratok yang diterajui oleh Yang Berhormat Ali Biju. 

Menurut bancian pada tahun 2010, kapasiti penduduk di daerah Kabong adalah sebanyak 12 181 orang. Majoriti penduduk di daerah Kabong adalah Melayu (9657 orang), diikuti  dengan etnik Iban (2170 orang), Cina (205 orang), Melanau (100 orang), Bumiputera (37 orang), Bidayuh (8 orang), dan India (4 orang). Penempatan di daerah Kabong terdapat 27 buah perkampungan Melayu dan 26 buah rumah panjang. 

Aktiviti utama penduduk di daerah Kabong ialah pertanian dan nelayan. Sumber pertanian dan perikanan ini merupakan sumbangan sosio-ekonomi utama di daerah Kabong ini. Di samping itu, daerah Kabong turut mempunyai tarikan tersendiri iaitu Pantai Tanjung Kembang Kabong yang menjadi tarikan utama pelancong untuk datang ke daerah ini. 

 

Kabong            

 

Ahli Parlimen P205 Saratok - YB Datuk Ali Anak Biju

P205

 

Ahli Dewan Undangan Negeri N40 Kabong - YB Mohd Chee Bin Kadir

yb chee