PERANAN BELIA DALAM MEMBANGUNKAN NEGARA
Dalam era ledakan teknologi maklumat hari ini, kita pernah mendengar peribahasa yang berbunyi pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Slogan ini  membuktikan kepentingan belia dalam membangunkan Negara. Lebih separuh abad kita menghela nafas kemerdekaan, namun remaja yang merupakan bakal tunjang negara masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial. Ternyata mentaliti remaja di negara kita belum lagi mengalami anjakan paradigma selaras dengan arus pembangunan negara kita. Menurut kata mutiara sarjana, “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini.” Presiden Soekarno pernah mengungkap, Berikan saya 10 orang belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia.” Ternyatalah di sini bahawa remaja yang berkualiti dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa. Oleh itu, setiap remaja perlu memainkan peranan mereka dengan penuh tanggungjawab untuk merencanakan pembangunan negara.
Belia yang cemerlang dalam pendidikan merupakan aset yang paling penting kerana bermulanya setiap perjalanan belia adalah mendapat pendidikan yang secukupnya tidak kira dari pendidikan daripada sekolah mahupun didikan daripada ibu bapa. Berikut merupakan seorang pelajar cemerlang yang dilahir dari SMK KABONG dan kini menuntut di UPM dan memegang jawatan yang terpenting dalam Universiti yang terkemuka di Malaysia.
Norhasimah Bin Jemat(SMK KABONG) telah dianugerahkan pelajar cemerlang pada tahun 2011
mewakili SMK Kabong dalam pertandingan peringkat negeri di Kuching, Sarawak.
 
Terkini merupakan ahli MPP UPM sesi 2014/2015