Pemilik perusahaan pelbagai perisa kek cheese, brownies & tart cheese meletop di
daerah Kabong.

Nama: Amoi @ Amiezah Binti Mohd Bed

Umur: 29 Tahun

No tel: 01117547456

Latar belakang-

Amoi merupakan seorang penjawat awam yang bekerja di Hospital Saratok selaku pembantu tadbir. Di samping minat yang mendalam akan pembuatan kek dan pastry, beliau mula berjinak-jinak dengan bisnes sampingan menjual kek cheese leleh pada permulaannya. Seterusnya beliau mempelbagaikan jenis jualan dengan kek cheese pelbagai perisa dan juga mencuba resepi-resepi lain seperti tart cheese dan juga roti madu lebah. Ini diantara jualan yang laris pada setiap kali jualannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum ini kebanyakkan sasaran pembeli hanya di kalangan rakan sekerja, sahabat-sahabat handai dan juga ahli keluarga terdekat. Idea pembuatan pelbagai perisa juga masih belum dikembangkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dengan kemudahan capaian internet yang pantas di daerah Kabong memudahkan beliay
memasarkan dan mempromosikan jualan beliau sehingga ke Saratok dan juga Roban.

Apa yang dipelajari melalui PEDi
-strategi pemasaran melalui atas talian
-online method yang lebih efektif

Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran
ICT
- Pi membantu dalam promosikan barangan jualan.
- Memberikan pendedahan kepada peserta kursus untuk strategi pemasaran dan
sebagainya.