Menarik di Saratok & Kabong membawa anda berkunjung ke gerai makan Mamagee Corner di Kabong. Diusahakan oleh pasangan suami isteri iaitu Encik Rafaie & Puan Fauziah (Gee). Kawasan yang unik dan strategik, Mamagee Corner terletak di Kampung Darat,Simpang 4 Kabong. Dengan resepi tersendiri,menu Nasi Goreng Mamagee & Nasi Grill Mamagee menjadi menu tarikan pelanggan yang berkunjung di gerai ini.